Friday, June 5, 2009

'Anak: Anugerah, Amanah, Dugaan...'


Anak adalah anugerah Ilahi kepada pasangan suami isteri.. juga merupakan amanah yang perlu dipikul dan kelak akan dipertanggungjawabkan di Padang Mahsyar.. juga merupakan dugaan Ilahi kepada hambaNya untuk menilai tahap keimanan dan kesabaran. bersediakah aku menempuhnya?

Melihatkan ketabahan zaujahku untuk mengharungi fasa 40 minggu yang memenatkan, penuh dugaan tapi ada juga terselit bibit-bibit kegembiraan dan kesyukuran di atas pemberian anugerah yang tidak ternilai ini, mengingatkan diriku tentang pengorbanan kedua ibu bapaku sewaktu mereka mengharungi detik yang sama dahulu.. Kini roda tersebut terus berpusing dan tiba giliranku pula..

Begitulah putaran kehidupan.. satu fasa ke satu fasa sebelum kembali bertemu yang Maha Esa.. Tahun ni ramai jgk sahabat-sahabiah yang bakal bergelar ibu, ummi, mama, mak, bapak, abah, baba (mcm2 lglah panggilannya).. mcm berpakat plak :-) hehe.. tapi itulah rezeki yang telah ditetapkan untuk hambaNya.. Makin ramailah lg umat Muhammad di muka bumi ini dan Insya Allah bakal menjadi seorang insan yang soleh dan bertakwa.. Kepada sahabat-sahabiah didoakan agar dipermudahkan segala urusan dan tenang menghadapi segala ujian..

Read more...

Thursday, May 7, 2009

Amalan Sunat Menyambut Kelahiran

Tahun ni (2009) ramai di kalangan sahabat-sahabat penulis yang bakal menimang cahayamata. Ia merupakan satu amanah yang perlu ditanggung di pundak suami isteri di samping kehadirannya membawa cahaya dan sinar ke dalam sesebuah keluarga. Memandangkan penulis sendiri pun bakal bergelar abah tidak lama lagi (insya Allah), berikut adalah amalan-amalan sunat yang dilakukan sebagai tanda kesyukuran menyambut kelahiran:

1. Azan dan iqamat

-Anak lelaki di azan pada telinga kanan dan iqamat pada telinga kiri.
-Anak perempuan di iqamat hanya pada telinga kiri.
Sabda Rasulullah diriwayat oleh Baihaqi dan Ibnu Sunni dari Hasan bin Ali: “Sesiapa yang melahirkan anak maka hendaklah ia melakukan azan di telinga anaknya yang kanan serta iqamat pada telinga kiri, nescaya anak tidak dicabuli oleh Ummu Sibyan (jin perempuan yang mengganggu kanak-kanak)”

2. Membaca surah al-Ikhlas dan ayat 36 surah al-Imran.

-Rahsia dan kelebihannya adalah agar anak dihindari daripada gangguan dan tipu daya syaitan, menandakan kehebatan alam semesta ciptaan Allah, mengajar syariat Islam (melalui kalimah syahadah) dan menanamkan kalimah mulia dalam hati.

3. Memberi nama yang baik

-Nama yang baik adalah nama-nama yang ada hubung kait dengan Islam atau pengertian yang indah.
Tegas Rasulullah diriwayat oleh Muslim: “Nama-nama kamu yang kamu paling disukai oleh Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman”

4. Tahnik (Belah Mulut)

-Menggunakan buah tamar yang dimamah lumat dan disuapkan sedikit kepada bayi dan gerakan ke kanan dan ke kiri.

-Ini bertujuan untuk mendidik bayi agar mudah menyusu dan menjana sifat taqwa, kesejahteraan dan kefasihan lidah.

5. Cukur rambut

-Sunat mencukur rambut bayi ketika bayi berusia 7 hari.
-Berat rambut ditimbang sama dengan nilai emas atau perak dan disedekah dengan nilainya kepada fakir miskin.
-Bercukur boleh melebatkan rambut, menguatkan kulit kepala, menyuburkan pancaindera (mata, penglihatan, pendengaran dan deria bau).
-Adalah dilarang membuat jambul.
Rasululah s.a.w menegaskan dari Abdilah bin Omar r.a berkata (hadis riwayat al-Sahihain): “Rasululah s.a.w telah melarang meninggalkan rambut bertompok-tompok”

6. Aqiqah

-Sunat melakukan aqiqah ketika bayi berusia 7 hari.
Dari Samrah bin Jundub r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda (hadis riwayat Abu Daud): “Tiap-tiap bayi itu tergadai dengan aqiqahnya. Disembelih kambing atau biri di hari yang ketujuh dan dicukurkan rambut serta diberi nama ke atasnya”
-Anak lelaki disunatkan sembelih dua ekor kambing atau biri-biri dan satu ekor bagi anak perempuan (kambing atau biri sampai umur seperti untuk korban).
Dari Habibah binti Maisarah (hadis riwayat Abu Daud):”Ia pernah mendengar Rasululah s.a.w berkata untuk lelaki dua ekor kambing yang sama besar dan untuk perempuan seekor kambing”
-Daging aqiqah digalakkan di masak gulai manis dan tulangnya tidak dipatahkan.
Sabda Rasululah (hadis riwayat al-Baihaqi): “Dari Aisyah r.a yang sunat dua ekor kambing yang sekupu (sama besar) untuk bayi lelaki dan bayi perempuan seekor dimasakkan secara berangkai-rangkai dan jangan dipatah-patahkan”

Read more...

Tuesday, April 7, 2009

Petugas PKR tahan bas 'pengundi hantu' - www.malaysiakini.com


Muda Mohd Noor | Apr 7, 09 2:20pm

Petugas PKR DUN Bukit Selambau menahan dan membawa sebuah bas yang dipercayai membawa pengundi hantu ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Gurun kira-kira jam 11.25 pagi tadi.


Naib ketua AMK, Feriz Musa berkata, petugas PKR mengesan kehadiran bas tersebut tetapi tidak tahu ke mana ia pergi.
Bagaiamanpun, katanya, bas itu dikesan semula di Kampung Bukit Lembu pagi tadi. Katanya, selepas diperiksa petugas mendapati penumpang bukan orang tempatan. "Berikutan itu kita mengsyaki mereka adalah pengundi hantu dan membuat keputusan menghantarnya ke IPD Gurun," katanya ketika dihubungi hari ini.


Feriz berkata, beliau dimaklumkan bas berkenaan telah mula dikesan masuk ke Bukit Selambau tengah malam tadi. Katanya, pihaknya akan terus membuat pemantauan bagi mengesan kemungkinan ada bas lain yang membawa pengundi hantu ke Bukit Selambau.



Polis tahan dua lelaki




Sementara itu, Berita Harian melaporkan, dua lelaki berusia 37 dan 54 tahun ditahan polis di Kampung Bukit Lembu pada jam 9.40 pagi tadi kerana menahan bas dinaiki 32 petugas BN. Petugas-petugas berkenaan - semuanya lelaki berusia di antara 21 hingga 28 tahun - dalam perjalanan ke tempat bertugas di sekitar DUN Bukit Selambau dari rumah sewa mereka di Bukit Lembu.


Pegawai Perhubungan Media Polis Bagi Pilihan Raya Kecil DUN Bukit Selambau, Supt Hamzan Darus, berkata kedua-dua lelaki terbabit yang menaiki Toyota Avanza memintas bas berkenaan.
Menurut laman web akhbar itu, mereka kemudian menaiki bas berkenaan dan menghalang pemandu daripada meneruskan perjalanan.


"Ketua rombongan petugas BN itu sempat menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian berkenaan dan anggota yang dikejarkan ke sana menahan lelaki terbabit. "Mereka kini ditahan di balai polis Gurun untuk disiasat mengikut Seksyen 341 Kanun Keseksaan kerana melakukan halangan," katanya pada sidang media di Gurun.

Read more...

  © Blogger template Blue Surfing by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP