Tuesday, April 7, 2009

Petugas PKR tahan bas 'pengundi hantu' - www.malaysiakini.com


Muda Mohd Noor | Apr 7, 09 2:20pm

Petugas PKR DUN Bukit Selambau menahan dan membawa sebuah bas yang dipercayai membawa pengundi hantu ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Gurun kira-kira jam 11.25 pagi tadi.


Naib ketua AMK, Feriz Musa berkata, petugas PKR mengesan kehadiran bas tersebut tetapi tidak tahu ke mana ia pergi.
Bagaiamanpun, katanya, bas itu dikesan semula di Kampung Bukit Lembu pagi tadi. Katanya, selepas diperiksa petugas mendapati penumpang bukan orang tempatan. "Berikutan itu kita mengsyaki mereka adalah pengundi hantu dan membuat keputusan menghantarnya ke IPD Gurun," katanya ketika dihubungi hari ini.


Feriz berkata, beliau dimaklumkan bas berkenaan telah mula dikesan masuk ke Bukit Selambau tengah malam tadi. Katanya, pihaknya akan terus membuat pemantauan bagi mengesan kemungkinan ada bas lain yang membawa pengundi hantu ke Bukit Selambau.



Polis tahan dua lelaki




Sementara itu, Berita Harian melaporkan, dua lelaki berusia 37 dan 54 tahun ditahan polis di Kampung Bukit Lembu pada jam 9.40 pagi tadi kerana menahan bas dinaiki 32 petugas BN. Petugas-petugas berkenaan - semuanya lelaki berusia di antara 21 hingga 28 tahun - dalam perjalanan ke tempat bertugas di sekitar DUN Bukit Selambau dari rumah sewa mereka di Bukit Lembu.


Pegawai Perhubungan Media Polis Bagi Pilihan Raya Kecil DUN Bukit Selambau, Supt Hamzan Darus, berkata kedua-dua lelaki terbabit yang menaiki Toyota Avanza memintas bas berkenaan.
Menurut laman web akhbar itu, mereka kemudian menaiki bas berkenaan dan menghalang pemandu daripada meneruskan perjalanan.


"Ketua rombongan petugas BN itu sempat menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian berkenaan dan anggota yang dikejarkan ke sana menahan lelaki terbabit. "Mereka kini ditahan di balai polis Gurun untuk disiasat mengikut Seksyen 341 Kanun Keseksaan kerana melakukan halangan," katanya pada sidang media di Gurun.

Read more...

  © Blogger template Blue Surfing by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP